Satu lagi set R6 untuk chasis standard TZM. Cuma fairing depan lain sikit bentuk die sebab customer nak masuk lampu nuovo S. Setelah dikerat jadi lebih panjang plak lampu ni maka kenalah aku extend sikit cowling depan ni. Insyallah sebelum jumaat siap la ni nak kena cat plak sambil blajar main airbrush.
Mula-mula ni memang rasa weng sikit banyak benda tak kena dan jadi dilemma. Maklum la buat kerja belakang rumah je pun. Kadang nak on switch airbrush pun rasa macam takut2 jer kalau jiran marah. Tapi apa kan daya. selagi belum dijerit oleh jiran2 walaupun dengar gak rungutan mereka pasal bau resin n cat.. Hmmm.. kemanakah aku nak menghalakan hobi ini kalau nanti dimarah oleh jiran-jiran. Second option, go airbrush dengan mini compressor. Tapi main airburush ni masalah la pulak dengan cat yang mahal..
Nasib baik ade sorang brader nak wat R6 siap dengan cat. Walaupun tak bapa mahir aku terima lah juga sebagai latihan dan juga test skill. Memang takleh pergi, pakai compressor besar bunyi bingit, pakai mini compressor airbrush pun penat pulak. Tapi apapun aku try jugasambil beberapa kali kena buat correction sebab kena padam balik libasan dan calitan cat pada tempat yang salah. So this is my 1st attempt of airbrushing. Sebelum ni buat freehand jer. Ni bila wat guna template cam iye tak iye lah pulak jadinya dan tak de la berkualiti pun. Kena asah banyak skill lagi ni..
Agak comot la, tapi ini kan first try, so aku akan gosok balik dan wat balik esok.... huhuhu penat sungguh membuat kerja berulang kali macam ni.
No comments:
Post a Comment