15.6.10

My Sort of Dreams



Kemanakah akhiran hobi aku ni. Walaupun pada dasarnya ini semua hanyalah aku lakukan kerana hobi, tapi kini secara lahiriahnya aku lakukan sedikit atas dasar business. Bukan apa, takkan aku nak sekadar membuat 1 atau 2 design sedangkan aku amat berminat untuk mendapat reputasi sebagai seorang designer walaupun aku bermula sebegini. Nak buat macamana sebab aku dah memang tidak ditakdirkan untuk menempuh jalan mudah untuk melampiaskan minatku terhadap design dan permotoran.

Aku kalau ada funder beli sebijik CNC machine yang 5 axis punyer, pastu siap dengan clay studio facilities, dah tentu aku akan buat banyak design dalam seminggu. Best woo berangan kalau ada semua facilities tu, korang bayangkan lah. mula-mula design satu hari guna CADD. PAstu hari kedua dah boleh plot dengan CNC sampai jadi mould pastu hari ketiga dah boleh cetak. Kalau perfect hari keempat da boleh buat mass production. Paling-paling pun seminggu boleh hasilkan satu product.

Tapi tak cost effective la nanti kan sebab belum sempat terjual dah ada product latest, jadi marketing strategy pun kena betul kat situ. Ada seorang designer oversea aku chat dengan die, at least dia akan achieve target 200 set bagi setiap product yang die design barulah boleh die cover cost production.

Hmmm dream on and keep looking for projects. Aku dreaming nak wat design sendiri atas moto Bimota Delirio, MV agusta atau Aprilia RSV4. Tapi manakan sampai hajat sebab diorang mesti akan pilih dikalangan designer diorang sendirikan. Jangankan motosikal Italy, kalau aku nak design untuk Japanese manufacturer pun belum tentu lepas...

Yesterday is the day for 5S implementation



Erm sebelum memulakan semangat baru mestilah kena rebranding kan, so atas usaha sedikit sebelum kerosakan laptop aku dan bini aku dalam satu masa yang sama(macam tak bagi aku buat design je)maka aku telah merekabentuk semula brand shermannsixk punyer logo seperti dibawah. Aku ni memenag jarang-jarang dan malas nak tulis blog ni tapi kalau dah ade input asik manjang nak post jer.



Atas semangat untuk permulaan baru yang lebih baik aku telah sedikit mengamalkan sistem 5S, SUSUN SUKA SUKA SAMPAI SIAP. Hasilnya aku telah menumpang dinding extension jiran sebelah untuk aku gantungkan galeri display aku disamping menambah koleksi kerja-kerja yang orang anggap tak berfaedah in. Apehal, ni minta aku dan passion for my hobby. Selagi takde halangan besar aku akan terus meneruskannya.



dimasa yang sama juga aku sedang dalam projek merekabentuk option kedua fairing yamacati disamping menyiapkan beberapa tempahan R6 standard chasis yang terus boleh masuk ke TZM disamping fairing depan menggunakan lampu nuovo s yang agak panjang dan besau daripada fairing biasa yang aku cetak, mould pun aku buat balik.



13.10.09

Design Harmony

Buat masa ni aku masih mencari-cari mood yang hilang. Hobi sepatutnya mebuatkan kita semakin seronok dan gumbira. Akan tetapi kadangkala situasi mengubah suatu hobi yang memenatkan tapi mengghairahkan untuk dikerjakan menjadi sesuatu yang memenatkan dan membosan kan. Aku memang cukup susah nak cari mood. Walaupun dalam kepala aku setiap satu idea hadir bersilih ganti. Sesetengahnya berjaya jugak aku 3d kan atau aku luahkan atas kertas namun banyak juga yang mengganggu igauan ku bila design tak siap2 dan bila terlalu lama kita jadi bosan mengerjakan sesuatu yang sama.

Untuk menstabilkan kewarasan aku terhadap kerja-kerja hobi aku ni maka aku pun dengan gaya seorang tensioner yang tak pernah dapat tidur lena kebelakangan ni memikirkan apakah bentuknya kalau begini, apakah bentuknya kalau begitu, maka aku pun cuba harmonikan parts2 yang telah aku hasilkan. Walaupun aku bukan blogger yang baik dengan banyak bahasa2 pasar dan terminologi yang agak jumud, masih lagi aku nak ketengahkan hasil gabungan bahagian2 sedia ada.

Ni design harmony 1, ala desmo tail and front cowl, long sided mud guard dan newly mock up half fairing to be complete later on. Harmoni juga bentuk die.


Ni plak tail ala CBR dengan tank ala r6 dan cowling desmo. mungkin lebih sesuai kalau full fairing later on.

Ni plak tail desmo dgn cowl r6 dan tank r6 kena full fairing gaks nih.


Tail R6 Tank R6 dan Front Cowl R6. Mudguard sided


Tail desmo, tank r6 cowl pun r6 gak. mudguard cam tadi.


ni pulak kalau desmo looks complete dan tanpa fairing. ni akan diubahsuai semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...