8.7.10

Modified All Out

Project project dan project. Xde project hambar lah kalbu. Aku asah skill aku pada laptop aku plak sebab nak tajamkan skill kan.



ni foto before lacquering

pastu



after lacquering

Hmm jadi dah jadi walaupun sambil2 aku wat pastu masa nak sembur lacquer plak boleh compressor aku wat hal dah tersekat2 keluar. tu yang kalo tengok 2nd pic nampak la kesan2 lacquer yang x smooth kat ligthing effect tu. Nasib baik sendiri punyer kalo customer punya, lu pikir la sendiri nak gosok bali... huwa huwa..

Erm ni sebenarnya pun nak test scheme untuk yamacati sbenarnya maklumla... Nak tengok hasil awal dier dulu...

Ada sebijik TZ r6 santander Noriyuki Haga yang pending tengah wat tu. Kalo x jadik malas la aku nak share. Tengah in the making kne la siapkan baru share upload kan..

28.6.10

Regaining Spirit : Semangat yang datang


Semangat bukan lah sebuah nama tempat macam segamat. Ia lebih merupakan satu abstrak kehidupan yang diperolehi dengan atau secara langsung mahupun tidak langsung. Aku hampir melupakan segala sisa kederat untuk menghambakan diri di dunia serabut kaca (fibreglass). Namun kata orang, kadangkala dugaan datang mematangkan. Dan kini semangat yang hilang kian datang.

Boleh kata aku memperolehi segamat tersebut bukan dengan satu perjalanan menuju destinasi akan tetapi melalui satu ilmu dan kemahiran yang diperolehi secara paksarela. Oleh kerana rasa kesian kat projek yamacati aku main pelan2 gosok punya gosok datang satu projek R6 yang aku amik murah2 je sebab malas nak serius sangat.

Tetiba customer nak within 2 weeks aka 14 days. Aku took 4x2hours every day producing fairings and tetiba customer nak dengan cat la plak.. Satu benda yang aku salu buat dengan airbrush dulu tapi selalu problem sebab gagal main cat automotive nih. Namun aku tabahkan hati, kata orang tak redah satu peluang maka kita takkan kemana, maka aku pun menerima ddengan berat hati. Satu lagi kesukaran disebabkan kena mod balik lampu nuovo s masuk ke cowling r6. What the heaven?!!!!!!!!

Tapi akhirnya aku dapat pengajaran apepun dalam hidup jangan kelam kabut. pastu nak mengecat ni satu masalah maalghunah ni. So aku pun menggunakan segala skill firasat dengan menggunakan airbrush untuk mengecat. First try sadis.. jadik tapi rupanya airbrush tersumbat lagi pulak buat tengah petang nak senja memang la setan banyak.. so aku benti solat maghrib pastu sambung weekend aku enjut satu hari sampai ke petang yang damai maka jadiklah macam post aku sbelum ni.



Tetiba the customer fetch up the goods and aku takut gak ade yang x kena. tapi aku release dan serahkan pada Allah yang Maha Kuasa. Akad bertukar modal dapat la sikit modal dan berbekalkan semangat itu tetiba arini aku dah mula menghidupkan anganan yamacati sambil mencetak gosok beberapa r6 yang mendatang. Terima kasih, syukur Alhamdulilah.




Lastly, catch and stuck on something. I got to go thorough in focusation of details... sloly slide ma...


22.6.10

ANOTHER SIDE TO EXPLORE

Satu lagi set R6 untuk chasis standard TZM. Cuma fairing depan lain sikit bentuk die sebab customer nak masuk lampu nuovo S. Setelah dikerat jadi lebih panjang plak lampu ni maka kenalah aku extend sikit cowling depan ni. Insyallah sebelum jumaat siap la ni nak kena cat plak sambil blajar main airbrush.

Mula-mula ni memang rasa weng sikit banyak benda tak kena dan jadi dilemma. Maklum la buat kerja belakang rumah je pun. Kadang nak on switch airbrush pun rasa macam takut2 jer kalau jiran marah. Tapi apa kan daya. selagi belum dijerit oleh jiran2 walaupun dengar gak rungutan mereka pasal bau resin n cat.. Hmmm.. kemanakah aku nak menghalakan hobi ini kalau nanti dimarah oleh jiran-jiran. Second option, go airbrush dengan mini compressor. Tapi main airburush ni masalah la pulak dengan cat yang mahal..

Nasib baik ade sorang brader nak wat R6 siap dengan cat. Walaupun tak bapa mahir aku terima lah juga sebagai latihan dan juga test skill. Memang takleh pergi, pakai compressor besar bunyi bingit, pakai mini compressor airbrush pun penat pulak. Tapi apapun aku try jugasambil beberapa kali kena buat correction sebab kena padam balik libasan dan calitan cat pada tempat yang salah. So this is my 1st attempt of airbrushing. Sebelum ni buat freehand jer. Ni bila wat guna template cam iye tak iye lah pulak jadinya dan tak de la berkualiti pun. Kena asah banyak skill lagi ni..

Agak comot la, tapi ini kan first try, so aku akan gosok balik dan wat balik esok.... huhuhu penat sungguh membuat kerja berulang kali macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...