22.6.10

ANOTHER SIDE TO EXPLORE

Satu lagi set R6 untuk chasis standard TZM. Cuma fairing depan lain sikit bentuk die sebab customer nak masuk lampu nuovo S. Setelah dikerat jadi lebih panjang plak lampu ni maka kenalah aku extend sikit cowling depan ni. Insyallah sebelum jumaat siap la ni nak kena cat plak sambil blajar main airbrush.

Mula-mula ni memang rasa weng sikit banyak benda tak kena dan jadi dilemma. Maklum la buat kerja belakang rumah je pun. Kadang nak on switch airbrush pun rasa macam takut2 jer kalau jiran marah. Tapi apa kan daya. selagi belum dijerit oleh jiran2 walaupun dengar gak rungutan mereka pasal bau resin n cat.. Hmmm.. kemanakah aku nak menghalakan hobi ini kalau nanti dimarah oleh jiran-jiran. Second option, go airbrush dengan mini compressor. Tapi main airburush ni masalah la pulak dengan cat yang mahal..

Nasib baik ade sorang brader nak wat R6 siap dengan cat. Walaupun tak bapa mahir aku terima lah juga sebagai latihan dan juga test skill. Memang takleh pergi, pakai compressor besar bunyi bingit, pakai mini compressor airbrush pun penat pulak. Tapi apapun aku try jugasambil beberapa kali kena buat correction sebab kena padam balik libasan dan calitan cat pada tempat yang salah. So this is my 1st attempt of airbrushing. Sebelum ni buat freehand jer. Ni bila wat guna template cam iye tak iye lah pulak jadinya dan tak de la berkualiti pun. Kena asah banyak skill lagi ni..

Agak comot la, tapi ini kan first try, so aku akan gosok balik dan wat balik esok.... huhuhu penat sungguh membuat kerja berulang kali macam ni.

16.6.10

CUSTOM is a test of patient

Ohoii.. mana lagi nak aku share kepayahan melampiaskan hasil kerja yang sukar... Masuk semalam petang dah 3 ari beturut2 aku menumpukan pada satu modifikasi memasukkan lampu yamaha nuovo s ke fairing ala R6 untuk seorang customer. Ye la tu aku buat custom untuk seorang customer. Pelik juga yer sedangkan customer sepatutnya merujuk pada aku sebab aku yang buat custom tapi aku plak yang wat custom.

Hehe sedikit sesalan kerana sukarnya modifikasi ini nak dilaksanakan sebab masa awal buat plug r6 aku wat ngam2 cun dengan tzm untuk belah angin tetiba bila aku accept mod to insert lampu nuovo s... oh sadiss... tapi apakan daya, terlajak perahu boleh undur, telajak kata buruk padahnya maka terpaksa lah aku berhempas pulas merealisasikan kepayahan itu. Apapun this will be good later on hopefully..



erm tengok tu perbezaan lampu mod lagenda berbanding lampu mod nuovo yang mana lepas ni aku takkan wat lagik... 1stly aku kena mod mould asal tutup tang air vent tu, pastu bila dah siap cetak sekali lampu nuovo s teramat panjang la sampai lebih 1inch half each side... ermm today eve will continue on this..

15.6.10

My Sort of Dreams



Kemanakah akhiran hobi aku ni. Walaupun pada dasarnya ini semua hanyalah aku lakukan kerana hobi, tapi kini secara lahiriahnya aku lakukan sedikit atas dasar business. Bukan apa, takkan aku nak sekadar membuat 1 atau 2 design sedangkan aku amat berminat untuk mendapat reputasi sebagai seorang designer walaupun aku bermula sebegini. Nak buat macamana sebab aku dah memang tidak ditakdirkan untuk menempuh jalan mudah untuk melampiaskan minatku terhadap design dan permotoran.

Aku kalau ada funder beli sebijik CNC machine yang 5 axis punyer, pastu siap dengan clay studio facilities, dah tentu aku akan buat banyak design dalam seminggu. Best woo berangan kalau ada semua facilities tu, korang bayangkan lah. mula-mula design satu hari guna CADD. PAstu hari kedua dah boleh plot dengan CNC sampai jadi mould pastu hari ketiga dah boleh cetak. Kalau perfect hari keempat da boleh buat mass production. Paling-paling pun seminggu boleh hasilkan satu product.

Tapi tak cost effective la nanti kan sebab belum sempat terjual dah ada product latest, jadi marketing strategy pun kena betul kat situ. Ada seorang designer oversea aku chat dengan die, at least dia akan achieve target 200 set bagi setiap product yang die design barulah boleh die cover cost production.

Hmmm dream on and keep looking for projects. Aku dreaming nak wat design sendiri atas moto Bimota Delirio, MV agusta atau Aprilia RSV4. Tapi manakan sampai hajat sebab diorang mesti akan pilih dikalangan designer diorang sendirikan. Jangankan motosikal Italy, kalau aku nak design untuk Japanese manufacturer pun belum tentu lepas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...